CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 10, 2010

Ini adalah ahli keluarga saya.Ahli keluarga saya seramai 7 orang,seorang abang dan kakak ipar.Saya mempunyai 5 orang adik-beradik iaitu 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan.Saya adalah anak yang terakhir.Adik-beradik saya yang telah berkhawin adalah 2 orang.Mereka semua telah mempunyai seorang cahaya mata.Saya mempunyai 2 orang anak buah iaitu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan.
Ayah saya bernama Bahar bin Malek(berbaju warna coklat).Beliau dilahirkan di Kg.Kondok,Nilai,Negeri Sembilan pada 24/3/1952.Beliau seorang pesara ATM.Beliau telah besara selama 5 tahun.Beliau seorang yang tegas,garang dan mengambil berat tentang anaknya.Beliau begitu gembira kerana 4 orang anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran dan sudah pun bekerja.Beliau juga tidak suka perkara yang agak remeh-temeh dan tidak suka menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan.Beliau lebih gemar melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat dan pantas.Istimewa beliau adalah beliau pandai memasak.Masakan beliau memang enak sekali.Kadang kala beliau memasak untuk kami sekeluarga.Secara keseluruhan inilah latar belakang ayah saya.
Ibu saya bernama Rohani binti Alias(berbaju warna coklat).Beliau dilahirkan di Relong,Kota,Negeri Sembilan pada 05/09/1957.Beliau seorang jururawat dan telah bekerja selama 36 tahun.Beliau seorang yang tegas,garang,penyayang dan yang paling penting adalah mengambil berat tentang anaknya.Beliau berasa gembira kerana 4 orang anaknya telah bekerja dan mempunyai 2 orang cucu.Beliau tidak gemar perkara yang sukar dilakukan,melambatkan pekerjaan yang disuruh dan perkara yang remeh-temeh.Beliau lebih gemar sesuatu perkara itu disiapkan sebelum disuruhnya.Istimewanya adalah beliau memang gemar memasak dan melancong.Beliau suka memasak makanan kegemaran anak-anaknya mengikut urutan.Anak-anaknya memang gemar akan masakan ibunya tanpa sebarang bantahan.
Abang saya bernama Yasir Al-Bani(berbaju warna putih).Beliau dilahirkan di Hospital Besar Ipoh,Ipoh,Perak pada 09/04/1980.Beliau anak pertama dan dikenali sebagai along.Beliau telah bekerja selama 5 tahun sebagai penganalisa komputer di sebuah syarikat swasta.Beliau seorang yang garang dan tegas.Beliau telah berkhawin pada 16/12/2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Harith Haziq Al-Izz yang dilahirkan pada 03/11/2009 di Kuala Lumpur.Beliau gemar mencuba sesuatu perkara yang baru dan hobinya suka melancong.Inilah serba sedikit mengenai along saya.
Kakak saya bernama Marshitah(berbaju warna hijau).Beliau dilahirkan di Hospital Port Dickson pada 26/11/1982.Beliau anak ke-2 dan dikenali sebagai angah.Beliau seorang penolong pengarah.Beliau telah bekerja selama 3 tahun.Beliau seorang yang tegas dan garang.Beliau telah berkahwin pada 04/02/2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Dhiya Anis Marissa yang dilahirkan pada 06/07/2008 di Seremban.Beliau gemar aktiviti yang lasak dan hobinya pula suka berkayak.Ini adalah mengenai angah saya.
Abang saya yang seterusnya bernama Fitri Al-Azizi(berbaju warna merah).Beliau juga dilahirkan di Hospital Port Dickson pada 19/11/1984.Beliau anak ke-3 dan dikenali sebagai alang.Beliau seorang "sea man".Beliau telah bekerja selama 3 tahun.Beliau seorang yang tegas dan garang.Beliau tidak gemar perkara yang sukar dilakukannya.Hobinya pula suka bersiar-siar.Ini adalah serba sedikit mengenai alang saya.
Kakak saya yang terakhir bernama Nurul Faatehah(berbaju warna turqoise).Beliau dilahirkan di Hospital Port Dickson pada 20/03/1989.Beliau anak ke-4 dan dikenali sebagai ateh.Beliau seorang jururawatdan telah bekerja selama 2 tahun.Beliau seorang yang "sporting"Beliau juga gemar melakukan perkara yang baru dan tidak gemar melancong.Ini adalah serba sedikit mengenai ateh saya.
Nama saya Aisyahtun Najwa(berbaju warna turqoise).Saya dilahirkan di Hospital Besar Seremban pada 21/02/1996.Saya adalah anak terakhir.Saya sedang menuntut ilmu di SMKBS.Saya gemar melancong dan hobi saya adalah melayari internet.Pada tahun 2003-2008 saya telah bersekolah di SK KG BARU SI RUSA dan telah menduduki peperiksaan UPSR.Saya telah mendapat keputusan yang agak memuaskan iaitu 3A 2B..Semasa berada di sekolah rendah,saya telah menyandang jawatan seorang pengawas.Ini adalah serba sedikit mengenai saya..
Sekian..